kaching

Ahad, 28 Disember 2014

Jelly Bunny @ Oceanus, Kota Kinabalu

Assalamualaikum wbt.

Hai.. just want to let you know another shopping mall baru dibuka di Kota Kinabalu. depan Marina Court Apartment..used to be  "waterfront". Nama mall tu Oceanus. Apa yang menarik konsep interior mall tu kan hidupan laut gittew so tiang dalam mall tu ada deco macam ni... cantik! seriously dia guna mosaict bukan lukis..so potensi nak pudar cepat tu kuranglah kan..? ehehe..


one of the deco. depan entrance
finally ada Jelly Bunny wehoo

Yang menarik hati saya untuk pergi sini tu sebenarnya mau jejak kaki ke butik Jelly Bunny.. im so in love with jelly shoes sebabnya kalis air dan plg sedap kalau driving.. im the type of person who wear shoes.. mostly orangkan nda suka pakai kasut.. my fave. shoes is Jelly shoes.. at this moment i only have 3 pairs. 2 pairs mmg pakai sampai lunyai.. so thank youlah Jelly Bunny kerana melebarkan sayapmu kemari.. hehe boleh beli JB yang affordable gittew.




Last but not least wajiblah tempel kami yang serba hijau ini :). 

Thats all for now.. see you next post. xoxo

Khamis, 18 Disember 2014

H&M 1Borneo, Sabah

Assalamualaikum wbt

Andaikata ada yang tak tahu lagi H&M yang femes itu dah bukak di 1Borneo, Sabah. Masa opening tu sampai berbaris orang ya menunggu.. kagum sungguh i.. hati memang teruja mau pegi tapi jauh betol bah dari Putatan. Boleh juga kali sampai 1 jam kalau jem.

Tapi haritu saya diarahkan untuk hadir ke family day kementerian di eco deck UMS. Balik dari family day saya pun ambiklah kesempatan untuk ke H&M yang letaknya sebelah ja dengan UMS.

Saya simpulkan H&M ni barang yang dipamerkan ikut musim.. so musim yg saya pg tu musim sejuk.. sooo bnyjlah baju sejuk dan boots.. dari emak sampailah baby.. comel gilaaa.. aduii anak-anak pun rambang mata boleh? Tapi rembat baju biasa ja sebabnya diorang ni banyak baju jalan tapi  baju pakai kat rumah tiada.. ish3x. Husband pun rembat suar slack


Sementara saya, kasut sukan yang hmm yang fancy gila...Dengar khabar ada lagi H&M akan di buka di pusat bandar Kota Kinabalu.. hah saya setuju sangat!!! Kasihanilah kami yang jauh ini hik hik

So korang suka tak pegi H&M?

Hari Aids Sedunia Peringkat Negeri Sabah


Assalamualaikum.

Hai... baru-baru ni attend majlis sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2014. Banyak perkara menarik lah yang boleh dikongsikan tentang penyakit Aids ni.. forumer pun seronok ja mau dengar..tapik masa ucapan perasmian tu saya tido sedap bukan main huuu..

Antara soalan menarik yang diajukan?

Bagaimana dengan usaha memberikan kondom, khidmat berkhatan kepada golongan LGBT, Pekerja Seks ini dapat membantu? Bukankah tindakan itu seperti menggalakkan ? 

aa.. lebih kurang macam tu lah soalannya..

so the forumer pun jawab:

Kita cuba untuk bantu mereka ini untuk berubah. Tapi amat sukar untuk mengubah orang yang tidak nampak jalan. Dalam dunia ni ada orang yang jenis boleh dinasihati dan mudah berubah manakala segilintir lagi memang degil dan pilih tak mahu berubah. Apa yang kita boleh buat kita educate diri kita supaya tidak terjerumus. Dan untuk mereka ini, kita cari jalan supaya aktiviti yang mereka sukai ini tidak merebakkan penyakit kepada yang lain dengan cara menggunakan kondom, berkhatan etc...


Saya suka jawapan tu.. well yalah betul juga kan..sedangkan kita pun kalau kita dah nasihat banyak kali orang tu tak mau dengar itu dah jadi urusan dia dan tuhan.. kita dah jalankan tanggung jawab kita.. kalau dia tak mau dengar takkan kita  nak bakar dan tanam dia hidup-hidup kan? huhuhu.. so kita carilah jalan untuk elak kan?..

hik hik itu je lah post ilmiah saya untuk hari ni. Hari ni saya on leave sebab tak sihat. btw bosan dah pakai baju batik yang sama.. maybe it's about a time beli baju batik baru ewah!



Rabu, 10 Disember 2014

Shopping sambil beramal @Parkson

Assalamualaikum

Hai! Last saturday kan  i jalan-jalan pegi 1Borneo hypermall. Then masa pegi parkson nampak satu banner besar program donation persedian untuk budak-budak yg kurang mampu ke sekolah dengan membeli barangan sekolah di parkson untuk mereka. I was interested tapi masa tu i couldnt decide mau beli apa dan untuk siapa. Kalaulah saya kaya i borong je semua huu...

Then balik rumah i couldnt help to think about it. I asked my husband kalau ada tu program di  parkson kk kita join lah. Then my husband pun said yes.

So tadi lepas lunch we try our luck. We went to parkson wwsn. Alhamdulillah ada. I was excited and i asked my husband kalau boleh beli untuk girls. Misti siok...

So kami excitedlah kan beli untuk girl like we have a daughter gituu..sungguh menghilangkan stress ahaha..

Whoever get the present.. hopefully adik rajinlah belajar so you could change your future.

Last but not least kepada kawan-kawan yg berminat untuk bantu. You can go to the parkson nearby.. boleh derma berapa-berapa ja tau. Jngnlah lepas peluang macam ni ;)
Bershopping sambil beramal.

Thats all :)

Selasa, 9 Disember 2014

Makan Hujung Tahun

Hai & Assalamualaikum...

Lama sangat bah mendiamkan diri di sini.. actually i have lotsa thing to share with you guys but hmm ndataulah why malas nak taip maybe sebab i spent so much time on instagram.. do you have instagram??? Maybe we should add each other hehe.. so we could follow each other updated through instagram gitew.. what say you?

Lain cerita.. sekarang hujung tahun kalau nda makan dinner adalah juga makan bersama bahagian :) so department kami pun ada wehoo.. macam tahun lepas juga we choose pan pacific.. boss suka di sini. Saya ni jarang makan hotel kecuali ada kawin atau mmg stay di hotel dalam setahun tu boleh kira sama jarilah.. but so far i love promenade buffet lunch kali sebab ada ABC dan aiskrim.. nyummehnya...

Office kamu? Mana fevret place untuk makan-makan hujung tahun ni?

Sabtu, 1 November 2014

Malam APC 2014

Assalamualaikum wbt.

Khamis lepas ada makan malam anugerah perkhidmatan cemerlang. It was a nice experience sebab itu adalah dinner pertama saya semenjak berkerja di jabatan tersebut. Malam tu saya bertugas sebagai one of the ajk. 

So malam tu temanya "gala night" sekali lagi saya memilih tema sequin dipadankan dengan tutu skirt dan gold glitter belt.

Haaa... apa tema dinner korang pula?


Jumaat, 31 Oktober 2014

Segmen Blogger Nurul Says 2014

Assalamualaikum wbt

Hai :)

Maaflah lama nda bersiaran.. terima kasih kepada kawan-kawan yang masih singgah meluangkan masa disini..

Oktober ni adalah bulan istimewa bagi saya.. sebab bulan oktober adalah bulan kelahiran saya :). Dengan itu saya berbesar hati nak berkongsi sedikit hadiah dengan 3 orang pembaca belog saya yang bertuah. Tapi dengan beberapa syarat.

1. Copy dan Paste banner ini dalam belog anda.



2. Ceritakan percutian yang menarik anda sepanjang tahun 2014. Kalau dah pernah cerita sebelum tu, boleh tinggalkan url dalam entri tu so boleh la saya singgah membacanya :). 

3.  Tinggalkan URL di bawah ruangan komen post ini:
http://nurulsays.blogspot.com/2014/10/segmen-blogger-nurul-says-2014.html

4. Bonus sekiranya anda pernah bercuti di Miri dan Brunei  boleh juga tinggalkan entri dalam belog yang sama.


Segmen ini akan berakhir pada PENGHUJUNG BULAN OKTOBER 2014

So tunggu apa lagi, Sebarkan :)

Isnin, 20 Oktober 2014

Happy 32nd Birthday

Alhamdulillah...

Kemarin I celebrated my birthday at Kasih Sayang Resort.. birthday dikongsi bersama adik-adik.

It was my 2nd time pergi ke sana. 5 years ago macam nda terpelihara... sekarang happening ramai gtu di cafenya...

Kami datang disambut dengan live band. They even sang to me a birthday song... awww..sweet kan?

So our theme for that day is blue turquoise. The kids was wearing "frozen tshirt"...

Looking forward to celebrate New Year's eve di sana...

Rabu, 15 Oktober 2014

AA Zest & NAIA Terminal 4

Hai 
Assalamualaikum wbt

Percutian ke Manila sudah dua bulan berlalu but still masih banyak yang nak saya kongsikan tentang pengalaman bercuti di sana especially tentang terminal mereka, how i handle the kids and so many more..So tonight i choose to share with you cerita pasal terminal dulu lah.


Penerbangan ke Manila menaiki Zest AA. Banyak juga saya baca aduan pasal servis diorang... jadi bila sudah baca macam-macam aduan so expectation pun nda tinggi lah ya.

Bila naik low cost airline so i expect kurang serba-serbi tapi nda sangka pula tempat letak tangan pun rosak huhu.. tapi sebab macam saya pun tidak memerlukannya kecuali di saat cemas.. so bolehlah saya excuse part itu...Makanan ok.... masih boleh ikut selera tekak saya what i order itulah yang saya dapat boleh refer previous post saya.

Airport hmmmmmmm sampai di Manila tiada masalah. Lama di bahagian imigresen tu satu perkara yang saya jangkakan lah... bag pun ok TETAPI bila balik ke KK tu ampunlah..... bikin berfikir lagi sanggupkah saya mengharungi penderitaan beratur panjang di depan pintu airport dan kaunter berjam-jam???? Giler ah...

Letih wooiii mau tunggu 
Sooo tambah perisa lagi sepanjang percutian kami di sana, anak kecil kami upgrade sikap.. fuh i didnt know tahap kekusutan NQD boleh sampai level semua orang risau dan panik.

Flight balik kami ke KK adalah jam 830 pagi so kami bergerak subuh gittew... So NQD dah memang meragam lah sebab kena bangun awal. Bila sampai di airport masih ok until dah lama berdiri penat dia mula lah cari "salah" untuk menangis.. biasakan budak sebelum dia nangis dia akan cari pasal... so bila dilarang dah ada point untuk dia nangis... bila nak tenangkan dia salah satu cara mudah ialah menyusukan. Sebab tak ada tempat duduk yang selesa saya dah mulai duduk di celah bag untuk ruang lebih "privacy" masa tulah staff NAIA approach. Sebab NQD mahu menyusu tapi dia nak saya pun baring sekali ishishish..

Dia tanya saya samada saya mau breastfeedkan anak saya jawab YA. So dia cakap tunggu...dia akan ambik kunci... proses ambik kunci boleh tahan lama... NQD ni sudah mulai meragam semula.. terminal dah lah kecik.. terus jadi perhatian penumpang yang lain huhuhu but tulah alhamdulillah dalam ribut-ribut NQD amuk tahap they almost let me go inside without pasport and check up semua tu tapiii tugas tetap tugas..but they tried to make it as fast as they could... so jadilah saya orang yang pertama sampai di ruangan menunggu huuuuuu...

NAIA terminal 4 ada bilik untuk bf tau..nda perasan pula kalau airport AA lain ada..tempat tukar lampin tu saya taulah hihi tapi not bilik untuk bf. Tu saya blom perna pigi lagi.. hehehe..


Sempat lagi selfie dengan the staff masa tu :)

Thank You staff NAIA Terminal 4 di atas kecekapan anda mengendalikan masalah kami hehehe.. other than that.. kesengsaraan saya menunggu berbaris panjang tu mimpi ngeri yang kalau boleh tak nak saya ulangi ahaha.. maybe nxt time nak try cebu pacific air  hehehe :)

Byebye Manila. We'll see you again :)

LAST BUT NOT LEAST!! JANGAN LUPA JOIN SEGMEN SAYA K..XOXO

Ahad, 5 Oktober 2014

Salam Aidil Adha 2014

Assalamualaikum :)

Terima kasih kerana masih singgah dan meluangkan masa di sini.

Salam Aidil Adha :)

Rabu, 1 Oktober 2014

My 1st Anniversary as a working mom :)

Assalamualaikum wbt.

Haaaiiii!!..
My Last post was on 6th of September kan? Ish3x


So how's life treating you? hehehe alhamdulillah saya ok ja :). Been bz lately dengan kerja dan urusan rumah tangga..ecewah padahal laju ja update instagram bagai kah3x.. but honestly rindu mau menulis dan mengexpresskan perasaan di sini.

So today.. alhamdulillah genaplah setahun saya menjadi ibu yang berkerja. Sebelum ni saya seorang suri rumah. Seorang suri rumah yang bahagia gittew ahaha.. sekarang pun setelah berkerja masih bahagia alhamdulillah..

Dulu kini dan mungkin selamanya orang akan buat perbandingan emak berkerja vs emak suri rumah. Sebab saya pernah 4 tahun jadi suri rumah dan sekarang genap setahun boleh sudah buat perbandingan sendiri eehehehehe..

In my opinion... dua-dua pun best..dua-dua ada kelebihan. 

Masa suri rumah dulu.. poket saya mungkin tidak sebanyak sekarang, TAPI dengan elaun yang cukup-cukup makan pun saya masih mampu menyimpan untuk travelling, masih mampu puaskan hati (beli barang yang saya suka), perhatian sepenuhnya untuk anak-anak dan suami (ini yang paling saya rindui lah), dapat melihat perkembangan anak di depan mata.

Sekarang dah berkerja.. saya tidak lagi bergantung dengan elaun yang suami bagi. Elaun yang suami kasi tu kami salurkan kepada bayaran untuk jagaan anak-anak. Saya berkerja kos pun meningkat juga lah.. sebab belanja pergi kerja tu kan..? ehehe.. tp apapun saya berjaya juga lah meringankan beban suami 50%.. bayangkan kalau saya nda kerja kan? TETAPI tumpuan kepada anak-anak dan suami pun sudah kurang.. nda macam dulu TOTAL 100% sekarang.. kena berbagi tumpuan. boleh dikatakan sangat letih menjadi ibu berkerja ni..ditambah dengan keadaan kami yang masih tinggal berjauhan kan? jadi agak tough lah mungkin sebab anak-anak kami masih kecik. Hehe..Tapi hidup kenalah positif gittew

TAPI tipu lah kalau nda geram bila ada orang yang masih nda faham situasi saya. Mentang-mentanglah saya nda pernah mengadu dan sentiasa happy dan CUBA POSITIF, orang ingat saya ni superpower. Orang nda faham yang saya ni nda seperti dahulu sentiasa ada banyak masa dan tumpuan untuk semua orang..

TAHUKAH ANDA.. saya tidak ada masa untuk bersendiri ? masa saya bersendiri cuma bila mandi, buang hajat, tidur dan solat.. mau update media sosial pun sambil tidokan anak dan menyusukan anak.. tu pun sebab saya takut tertido. Kalau dah tertido banyak benda tergendala.. T.T..So please..please bertolak ansur dengan saya.... huhuhu

what i love the most tentang kerja saya sekarang, bila berpeluang jumpa banyak interesting people yang mungkin peluang untuk berjumpa mereka ini kurang bila saya menjadi suri rumah :) so setakat ni alhamdulillah saya dah mula suka lah status berkerja ni heh.. 

Harapan saya, saya akan sentiasa ingat kenapa saya berkerja? Niat kena betul gittew :)

I think thats all lah for now. See you next post ya... xoxo


Sabtu, 6 September 2014

Mabuhay Manila: Tropicana Apartment Suite

view from our balcony!

Assalamualaikum wbt

Oklah ni hari mau share tempat tinggal kami sepanjang kami berada di sana :)

Setelah mengkaji peta saya pilih tinggal di Ermita. According to wikitravel,  Ermita nda cantik macam Makati..tapi tulah semua attractions tertumpu di sana so ok saya gamble ja pilih di sana. Lagipun ikut kajian saya jem sana teruk jadi takmau buang masa terkandas dalam jem.  Risau juga lah sebab kawasan tu banyak pub.. tapi alhamdulillah tiada juga perkara yang tidak diingini terjadi.


Dekat dengan reception area ada satu sudut kecik dihiasi kolam ikan dan cermin tu dijadikan macam air terjun buatan gtu. Cermin tu macam kena simbah air ja kan? actually mcm air terjun gittew

Bangunan ni macam bangunan lama hehe..well saya tiada masalah sebab you know how much i love old house kan.. old flat pun boleh.. so beginilah exteriornya :)


Ampun lah semak ehehe.. so this is how their living room like..


master bedroom  -- with toilet

queen size bed
room no 2.
Pintu tu untuk keluar ke balkoni
Double single bed :)

old aircond ahaha.. tapi ok masih mampu menyejukkan :)
toilet dekat dengan dapur

dapur siap dengan peralatan memasak :)
Ruang makan :)
Well overall we enjoyed our stay..

Thank You Ms Erlinda for being very helpful. All of the frontliners. The driver.. we are just lucky sebab dapat hotel yang perfecto layanan pun bagus.. bukan apa kalau baca review orang pasal hotel di Manila ni banyak review yang buruk-buruk but at Tropicana Apartment kami tidak mengalami pula pengalaman begitu.. layanan baguslah.. memang recommended

Lokasi pun strategik esp Muslim,sebab susah nak cari tempat makan halal kan? so this place dekat sangat dengan shopping mall Robinson Place Mall boleh beli barang dapur di supermarket. Kalau mau makan di restoran halal pun dekat.. :) dekat dengan attractions macam Rizal Park, Intramuros, Fort Santiago gitew..ngaaaaaaaaam sangat!!

So kalau it your 1st time kat Manila then you can stay here lah.. boleh arrange transportation terus dengan diorang. so hassle free tak perlu risau kena tipu oleh taxi or what so ever :)

want more detail boleh la lawat website ini:


Mabuhay Manila: V Mall, Green Hills dan Robinson Place Mall

Assalamualaikum wbt

Ini adalah entri untuk hari terakhir kami di Manila
Hari terakhir kami fokus untuk shopping wehooo

Actually di Manila ni syurga membeli belah juga.. so hasil google kami pilih GH sebab nampak selamat, ada fleamarket paling penting ada masjid dan tempat makan hihi..

welcome to V Mall
Mostly shopping mall diorang ni besaaaaar dan jual branded item so bila jumpa flea market dalam mall ko macam hoiii seronoklah..on the way to V Mall ada post office tapi unfortunately closed..hmm maybe sebab hari ahad? Hari ahad jalan tak jem sebab diorang berehat kata driver tulah.. ahad kan masa untuk sembahyang for christian..

oh Green Hills ni jauh dari area tempat kami tinggal it cost us PHP 2400 return trip..tapi sebab my dad nak minta driver tunggu..so dia jadi PHP 2600 sebab dah kena caj PHP 350 per hours ..so kitorang minta tunggu dalam 5 jam gittew.. (PHP 1,200 + 5 hours (PHP 300/hour)) alasan my dad takut anak-anak saya meragam boleh je balik terus.. hehehe..

salah satu mall kat Green Hills
Berjamjam juga kami dalam tuuu... huhuhuhuhu semua harga baju serendah  150 peso maybe dlm RM10-15 gtu huuu bayangkan??? Pastu banyak benda menarik kat dalam tu. Huuuu dalam sedang menaip ni im thinking mau datang balik sana.

makcik yang bagi harga TERBAIK
 Di Green Hills ada masjid :) so Muslim friends tenang aja deh.. boleh bertenang sebab dimana ada masjid di situ ada makan T.T


Ada tabung kat situ at 1st we were thinking tabung tu untuk masjid but it is not itu tabung untuk bantuan ibu-ibu tunggal kat Mindanao !fuh i was like nasiblah untuk bantuan orang susah bukan untuk berperang..cos err bukan diorang ka yang nak lancarkan serangan tu? T.T

Masjid berdekatan dengan mall
Nak ke masjid tu kena keluar dari V Mall lepastu turn left jalan menyeberang ke bangunan sebelah.. bangunan parking sampai nampak tulisan "Prayer Area"

kalau takut sesat boleh je tanya kat information counter..
where is the mosque maaaaaaaam?
So restoran tu kena masuk kat dalam tu..kena jalan jauh sikit macam masuk belakang-belakang kedai gitew then you'll see this Halal Restaurant
kecik je dalamnya tapi bolehlaaaaaaaah
Honestly kalau korang bukan jenis cerewet this place suits you..tapi kalau cerewet kena banyak bersabarlah.. but hey bak kata kakak kepada kawan saya: 

“When you travel, remember that a foreign country is not designed to make you comfortable. It is designed to make its own people comfortable.”

quote yang saya jumpa dalam album travelling beliau ahaha.. tq ya kak Alice :) jadi stalker la bah i ni ya kakak.. 

Remember masa 1st entri 1st makanan yang ada sentuhan local tu  dalam flight kan ahaha kasian sebab risau nda merasa makanan local but alhamdulillah merasa jua makan makanan local wpun nda taulah local ka nda tapi diorang cakap bunyi bunyi pelipin so i guess local la bah makanan kami ni..ahaha.. 

nda clear T.T
udang masak dengan kelapa, ikan masak lemak, sup sayur dan nangka masak lemak tapi kering
jujurnya macam juga pula makanan orang di Sabah ahaha..
Binaki  Corn-Cake
well my mom cakap di sabah pn ada err
Syukurlah merasa juga makan makanan local kan? walaupun nda tau nama dan lebih kurang juga rasa macam makanan di Sabah  ahaha..

Lepas lunch kami pun balik. Balik berehat solat then keluar lagi menghabiskan peso ke Robinson Place Mall..actually nak menghabiskan makanan yang ada kat rumah tapi tulah tiada minyak jadi kami keluar mencari minyak kononnya lah..

So disebabkan Mall tu dekat ja so kami menapak.. tapi tiadalah gambar kami ambik sepanjang jalan cos nda mau la bah nampak jakun sangat..tips berada di tempat orang kan kena blend.. especially ditepi jalan kena tenang ja muka nda boleh lah jakun itu mengundang!! so perjalanan kami p Mall ok ja pula.. diorang nda pandang pun..approach pun biasa-biasa ja..actually i was surprised sebab i was expecting kalau di Manila penjual tepi jalan akan lebih ekstrim daripada di Jakarta. Sebab kalau ikut bacaan Manila ni lebih dasyat dari Jakarta..tapi eh tenang pula diorang ni. Ekstrim lagi pelipin di KK T.T ndada pula kena approach minta sedekah.. ada pun yang berniaga nda memaksa.. seee berubah perpektif saya tentang Manila hehe.. 

ambik view lah konon nya 
Apa yang menarik kat sini..shopping mall sini selalunya menjual barangan branded.. nda mau cari barangan branded masuk sajalah dorang punya hypermart akakaka...dapat jugalah beg brand ntah apa ntah dengan harga PHP 500 je lepas diskaun tp kualiti bagus tau! 

mau branded item pun boleh!!
Depan Kipling Boutique..
gara-gara di suruh cari beg Kipling tapi ended up my mom yang pegi beli bukan sayalah
Apa yang saya puji diorang ni kan sangat berbudi bahasa.. kau masuk butik mahal diorang layan kau bagus-bagus.. diorang akan layan kau walaupun kau nda beli tu barang. Budaya itu patut Malaysia pun ada ahaha.. bukannya  kau kerja di butik mahal tapi kau layan customer macam kau pula own tu kedai..layan nda layan ja.. maybe SA di Malaysia boleh buat training di Manila ni kot huhuhu..nda semua lah SA di Malaysia bgtu ya... tapi kebetulan kalau p butik berjenama.. SA selalu mau ndamau ja melayan jauh beza sama di Manila..dari depan pintu ko kena greet smp keluar derang escort

one more thing.. kalau masuk shopping mall kena lalui check up! macam mau p airport tu ada check up tapi setakat ni nda juga merumitkan kami lah.. ada masa tu dia tengok kau sudah dua tiga kali masuk (sebab sesat) diorang kasi lepas juga tu.. bagus juga lah macam tu..so tiadalah penyangak dalam mall..tapi kena hati-hati juga k. so itu bukanlah masalah untuk keluar masuk dalam mall ahaha. lagi bagus sebab diorang ni ada di mana-mana rasa selamat giteww

Begitulah pengalaman saya bershopping di Manila.. i know banyak lagi tempat shopping yang happening.. itu belom masuk mall di chinatown lagi tuh fuuuuuuuuuuuuuhhh! but dont worry insya allah akan ada revisit lagi sebab tambang KK-Manila adakalanya lebih murah dari KK-KL kahkahkah.. kalau dulu kumpul duit g KL sebab mau p Jalan Tar lah etc.. now sudah boleh kumpul duit shopping ke Manila hehehe..

Tamatlah penjelajahan kami di Manila.. tapi belom tamat lagi ni cerita pasal Manila trip sebab saya akan berkongsi dimana kami tinggal, pengalaman di airport terminal 4 dan nda lupa juga perbelanjaan kami di sana..untuk tujuan rujukan sahaja :)

Soo see you next post.. stay tune!










kaching

Popular Posts