kaching

Ahad, 19 April 2015

Keretapi Negeri Sabah Tg. Aru-Papar

Salam,


Happy 4th Birthday

Birthday NDR pada awal bulan April tapi disebabkan kesibukan kami postpone untuk celebrate minggu ini. NDR maukan birthday party. Birthday party versi NDR ialah ada dekorasi belon, ada kek dan semua ahli keluarga cukup.

Nda macam NMD saya tahu apa mo bagi hadiah. NDR pula saya masih tercari-cari sehingga sekarang hu hu hu.. fikir punya fikir saya sempurnakan janji saya yang sudah setahun saya peram iaitu naik Keretapi Negeri Sabah. NDR ni minat dengan Thomas and Friends. So hari itu saya sengaja pakaikan diorang baju "Thomas & Friends".. kecuali untuk NQD sebab tiada.   

Kami bangun awal macam awal mau pegi sekolah, Bezanya pakai baju T&F ja. Sudah janji dengan adik saya untuk hantar kami ke stesen Tg Aru lepastu  boleh ambik kami di Papar. Kami sengaja nda beli tiket balik sebab memang niat mo patah balik guna kereta hehehe..

Oh sebelum tu saya sudah buat research di  http://railway.sabah.gov.my/  so memudah kan saya lah. Walaupun sebenarnya risau juga jadual nda updated kan.. alhamdulillah tepat juga.. train bergerak dalam 7.45am dan saya anggarkan sampai papar 8.45am.

http://railway.sabah.gov.my/
Suasana dalam tren tu macam juga naik tren ERL sejuk sebab berhawa dingin nda pula saya ambik gambar interiornya sebab saya simpulkan sama seja mcm tren yang ada di Malaysia ni.. hehe..

Perasaan saya tu biasa-biasa saja sebab macam naik tren yang ada di KL juga lah cuma beza view. Itupun view yang sudah kami biasa lihat juga.. sebab kan laluan kereta juga.. cuma tren guna jalan lama ke Papar. Kami biasa guna jalan baru bila ke Papar. Apapun it was a great experience lah sebab selama ni anak-anak tengok dari jauh ja perhati dari jalan bila tren limpas kan.. so bila berpeluang naik tren mmg diorang excited. Maybe kalau mau kelainan ambik tren yang khas untuk tourist tu tapi tulah harga RM 300 nda pun naik keretapi lama dari Beaufort ke Tenom huhuhuh..


Apa pun misi naik Keretapi Negeri Sabah sudah berjaya.. next NMD request naik bot pula... we'll see :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kaching

Popular Posts