kaching

Ahad, 13 September 2015

Melaka Day 2: Melaka Hang Tuah Centre

Assalamualaikum wbt

Hari kedua kami di Melaka kami buat keputusan  untuk pergi ke  Melaka Hang Tuah  Centre. Melaka Hang Tuah Centre ni terletak di luar bandar Melaka iaitu di Kg Duyong. Kalau mau masuk  bandar Melaka memang akan lalu perkampungan ni.

 Hang Tuah Centre ni  macam tempat baru  ba.. sebab kalau dalam google map nda keluar ni nama tempat ni tapi kalau google "Perigi  Hang Tuah"  haaa baru  keluar.

Tiket Masuk
Dewasa: RM 5
Kanak-kanak (atas 6  tahun): RM 3
Apa yang menarik di muzium ni. Ok..Jujurnya sama juga macam muzium yang lain. Tapi  memang kena pegi juga lah sebab  tempat ni memang khas untuk cerita Hang Tuah ..walaupun sebenarnya most of places kat Melaka ni mesti cerita pasal Hang Tuah..sampai  i konfius  Hang Tuah ni wujud ka macam mana.. cos i thought cerita Hang Tuah ni dongeng semata.. hmm


Bagi saya apa yang menarik ialah reka bentuk muzium tu.. saya imagine istana melayu dahulu mesti cantik dan besar macam Melaka Hang Tuah Centre juga. Pintu masuknya.. tangganya yang warna warni..oh i loike sangat-sangat.. di Sabah ni ndada bah tangga warna-warni begitu. kalau dulu-dulu kami guna tangga bambu atau kayu je.. sama macam sarawak hehe..

love it!
Ok dalam kawasan tu, Selain Hang Tuah Centre ada juga rumah-rumah kawan Hang Tuah yang lain. So kalau kamu jenis suka membaca dan bergambar setengah hari juga lah mau siap.  Sebab sana sini pun cantik ba.

Al-kisahnya kami belom breakfast dan adik(anak ke2 saya) muntah saya  ajak suami cari gerai untuk  cari baju salin dulu.. so kami pun berhenti di area berdekatan yang ada gerai souvenir dan makan..dan secara nda sengajanya rupanya area Perigi Hang Tuah.. ahaha kebetulan sungguh!

haaa.. bermula lah aktiviti pershoppingan saya di  sini.. masih kategori murah juga lah.. saya sempat belikan mama saya koleksi ala-ala vintage yang  kalau di KK  memang mahal... best bah  Melaka banyak betul home deco yang cantik..kalau nda fikir kereta nda muat dan susah mau angkat memang sah berangkut balik dengan semua home deco :(

Hehe lepas dari Melaka Hang Tuah Centre kami ambik keputusan untuk terus pulang ke hotel dan berehat.. sebab destinasi seterusnya buka juga waktu malam :)






Sabtu, 12 September 2015

Melaka Night 1: Melaka River Pirate Park

Assalamualaikum wbt

Sebab siang tu  kan  dadi sudah drive jauh so balik dari aktiviti siang bagi peluang dadi berehat.  Kami keluar lewat sebab tempat yang kami tuju ni memang buka waktu malam ja. Nama tempat tu Melaka River Pirate park.   Nda juga banyak tarikan dalam tu. Kawasan sunyi je. Ndada orang. dua tiga keluarga ja. Kalau nda pasal eye on Malaysia(Melaka) ada disitu boleh keluarkan dari dalam iti.

Kami pegi sini pun gara-gara mau merasa naik eye on melaka tu.  Cantik view waktu malam tapi gayat pula kami anak beranak haha. Tempat ni seberang sungai... in case you stay kat area bandar Melaka lah.. i remember kalau kat Kuching dah kena naik perahu kalau malas drive p seberang..tapi kecik ja bah sungai Melaka ni nda payah berperahu. Guna jambatan pun boleh.. comey comey je jambatannya macam macam design...remind me of Singapore la pula.

antara view yang menakjubkan i.. shopping mall ahaha..
Lepastu Apang try main trampoline. lepas tu dia gayat sebab lambung tinggi betul kan.. dia pakai tali safety tu  bah..nda tau berapa bayaran sebab dadi yang belanja.. hmm


Lepastu main motor kecik bateri tuh.. mula-mula i nda bagi tapi bila fikir.. oklah ni kan percutian diorang jg so i kasi can.. 

*Ferris Wheel-- Including GST*
Dewasa - RM 5.30
Kanak-kanak  - RM 3.20
 main di bawah eye on Melaka.  Kelas kau nak!

Sudah puas hati baru cari makan di tempat berdekatan. Hehe..kenyang kami pun pulang.  Itu je aktiviti untuk malam tu hihi.. dah selesai untuk hari itu. 




Jumaat, 4 September 2015

Melaka Trip Day 1: Bandar Melaka

Assalamualaikum wbt.

Kami bergerak dari hotel ndalah awal sangat. Kami singgah lagi ganti tayar untuk keselamatan barulah gerak ke Melaka. Sampai di Melaka pun sudah hampir petang. Lepas check in di Fenix Inn.Lepas menunaikan apa yang patut  kami ke luar meneruskan perjalanan ke destinasi pertama kami Maritim Museum masa tu sudah 4.30pm anak dari jauh EXCITED mau naik kapal yang disangka kapal "pirates" so walaupun lapar ditahan juga lah. Kenapa Maritim Museum jadi destinasi pertama sebabnya niat dihati mau merasa naik river cruise bah.  Tapi sebelum naik river cruise lawat muzium dulu :)


Naik ja kapal ni diorang excited gila. Bayaran cuma dikenakan untuk orang dewasa RM5 budakbudak bawah 6 tahun F.O.C :)

"orang dalam bilik tahanan"
Perkara menarik perhatian saya dalam muzium ..

Lepas melawat muzium maritim kami menghilangkan lapar di Medan Samudera. Berdepan ja dengan Muzium Maritim. Masa tu nda banyak dah piliham makanan kami belasah ja restoran yang buka masa tu. 

Masa tulah sambil saya makan saya cuci mata. Sebab sebelah tu kedai souvenir ja(rupanya milik owner kedai makan tu juga) i shopping hari ke tiga dan hari terakhir kami di Melaka. 

Ok here my tips.. selepas membuat perbandingan bagi saya souvenir yang di jual di Medan Samudera ni jauh lebih murah. Tapi di tingkat atas ya. Kalau tingkat bawah tu masih mahal saya beli makanan kering (souvenir) ja di bawah. Tshirt, key chain fridge magnet saya beli kat tingkat atas je boleh tawar lagi. Murahlah RM2 gtu tapi kalau beli banyak dah boleh save banyak gtu kan?

Lepas sudah kenyang kami ke tapak river cruise yang berdekatan dengan muzium maritim tu. Dont worry senang ja mau cari. Bayaran di kenakan agak mahal juga lah tapi berbaloi.


2x Dewasa  = RM 31.80
3xKanak-Kanak = RM 15.90
*Including GST

Nda banyak gambar kami ambil sebabnya kami bawa budak so nda dapat duduk di tepi dan kebetulan kami satu bot dengan team penyokong bola penang segan juga lah ba kami mau bergambar sakan kan..? Mau ambik gambar pun susah sebab dihalang oleh orang depan hehe.. tapi ndakpalah.Kalau dapat duduk paling depan kali ok sket sebab view sana best sikit. but yang menariknya kalau sayalah jalanjalan menyusuri tepian tu ja mmg banyak view cantik cuma mungkin penatlah kan? Sebab ada juga diorang lukislukis bangunan tu jadi cantiklah. Ada yang lukis jalan cerita sejarah Melaka. Haish i rakam guna mata je lah mampu sebab masa tu pegang Dhuha. Lepastu ada satu kampung  tepi sugai tu Kg Morten. Kg ni  mcm kampung air lah kali kalau di KK dan kampung baru di KL sebab kgnya ditengah bandar tapi terpelihara bah. Satu pertambahan baru dalam itinerary kami. Best naik river cruise tu.. sebabnya bila tengok tempat yang kami mau pegi tu boleh nampak dari tepi sungai kami tukar itinerary kami. Hehehe.. 

Selepas menyusuri sungai Melaka kami pun susun strategi. Kami menyusuri tepitepi sungai melaka dengan berjalan kaki mula mula kami sampai di

Kincir Air Kesultanan Melaka

Bastion Midleburg

Dutch Square/Red Square
Tips: 
1. Souvenir kat sini lebih mahal dari Medan Samudera.
2. Kalau kamu minat pos poskad untuk diri sendiri, di area ni ada pejabat pos :) saya pun mengepos dari sini tapi syg ndakda pula begambar sama pejabat posnya hehehehe... padahal bangunan lama 

Hah dah selesai sightseing dan cover banyak tempat bandar Melaka untuk hari pertama dah boleh balik berehat dan menunaikan apa yang patut.

Next akan share cerita untuk malam pertama kami di Melaka :)

kaching

Popular Posts