kaching

Ahad, 13 September 2015

Melaka Day 2: Melaka Hang Tuah Centre

Assalamualaikum wbt

Hari kedua kami di Melaka kami buat keputusan  untuk pergi ke  Melaka Hang Tuah  Centre. Melaka Hang Tuah Centre ni terletak di luar bandar Melaka iaitu di Kg Duyong. Kalau mau masuk  bandar Melaka memang akan lalu perkampungan ni.

 Hang Tuah Centre ni  macam tempat baru  ba.. sebab kalau dalam google map nda keluar ni nama tempat ni tapi kalau google "Perigi  Hang Tuah"  haaa baru  keluar.

Tiket Masuk
Dewasa: RM 5
Kanak-kanak (atas 6  tahun): RM 3
Apa yang menarik di muzium ni. Ok..Jujurnya sama juga macam muzium yang lain. Tapi  memang kena pegi juga lah sebab  tempat ni memang khas untuk cerita Hang Tuah ..walaupun sebenarnya most of places kat Melaka ni mesti cerita pasal Hang Tuah..sampai  i konfius  Hang Tuah ni wujud ka macam mana.. cos i thought cerita Hang Tuah ni dongeng semata.. hmm


Bagi saya apa yang menarik ialah reka bentuk muzium tu.. saya imagine istana melayu dahulu mesti cantik dan besar macam Melaka Hang Tuah Centre juga. Pintu masuknya.. tangganya yang warna warni..oh i loike sangat-sangat.. di Sabah ni ndada bah tangga warna-warni begitu. kalau dulu-dulu kami guna tangga bambu atau kayu je.. sama macam sarawak hehe..

love it!
Ok dalam kawasan tu, Selain Hang Tuah Centre ada juga rumah-rumah kawan Hang Tuah yang lain. So kalau kamu jenis suka membaca dan bergambar setengah hari juga lah mau siap.  Sebab sana sini pun cantik ba.

Al-kisahnya kami belom breakfast dan adik(anak ke2 saya) muntah saya  ajak suami cari gerai untuk  cari baju salin dulu.. so kami pun berhenti di area berdekatan yang ada gerai souvenir dan makan..dan secara nda sengajanya rupanya area Perigi Hang Tuah.. ahaha kebetulan sungguh!

haaa.. bermula lah aktiviti pershoppingan saya di  sini.. masih kategori murah juga lah.. saya sempat belikan mama saya koleksi ala-ala vintage yang  kalau di KK  memang mahal... best bah  Melaka banyak betul home deco yang cantik..kalau nda fikir kereta nda muat dan susah mau angkat memang sah berangkut balik dengan semua home deco :(

Hehe lepas dari Melaka Hang Tuah Centre kami ambik keputusan untuk terus pulang ke hotel dan berehat.. sebab destinasi seterusnya buka juga waktu malam :)






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kaching

Popular Posts