kaching

Jumaat, 4 September 2015

Melaka Trip Day 1: Bandar Melaka

Assalamualaikum wbt.

Kami bergerak dari hotel ndalah awal sangat. Kami singgah lagi ganti tayar untuk keselamatan barulah gerak ke Melaka. Sampai di Melaka pun sudah hampir petang. Lepas check in di Fenix Inn.Lepas menunaikan apa yang patut  kami ke luar meneruskan perjalanan ke destinasi pertama kami Maritim Museum masa tu sudah 4.30pm anak dari jauh EXCITED mau naik kapal yang disangka kapal "pirates" so walaupun lapar ditahan juga lah. Kenapa Maritim Museum jadi destinasi pertama sebabnya niat dihati mau merasa naik river cruise bah.  Tapi sebelum naik river cruise lawat muzium dulu :)


Naik ja kapal ni diorang excited gila. Bayaran cuma dikenakan untuk orang dewasa RM5 budakbudak bawah 6 tahun F.O.C :)

"orang dalam bilik tahanan"
Perkara menarik perhatian saya dalam muzium ..

Lepas melawat muzium maritim kami menghilangkan lapar di Medan Samudera. Berdepan ja dengan Muzium Maritim. Masa tu nda banyak dah piliham makanan kami belasah ja restoran yang buka masa tu. 

Masa tulah sambil saya makan saya cuci mata. Sebab sebelah tu kedai souvenir ja(rupanya milik owner kedai makan tu juga) i shopping hari ke tiga dan hari terakhir kami di Melaka. 

Ok here my tips.. selepas membuat perbandingan bagi saya souvenir yang di jual di Medan Samudera ni jauh lebih murah. Tapi di tingkat atas ya. Kalau tingkat bawah tu masih mahal saya beli makanan kering (souvenir) ja di bawah. Tshirt, key chain fridge magnet saya beli kat tingkat atas je boleh tawar lagi. Murahlah RM2 gtu tapi kalau beli banyak dah boleh save banyak gtu kan?

Lepas sudah kenyang kami ke tapak river cruise yang berdekatan dengan muzium maritim tu. Dont worry senang ja mau cari. Bayaran di kenakan agak mahal juga lah tapi berbaloi.


2x Dewasa  = RM 31.80
3xKanak-Kanak = RM 15.90
*Including GST

Nda banyak gambar kami ambil sebabnya kami bawa budak so nda dapat duduk di tepi dan kebetulan kami satu bot dengan team penyokong bola penang segan juga lah ba kami mau bergambar sakan kan..? Mau ambik gambar pun susah sebab dihalang oleh orang depan hehe.. tapi ndakpalah.Kalau dapat duduk paling depan kali ok sket sebab view sana best sikit. but yang menariknya kalau sayalah jalanjalan menyusuri tepian tu ja mmg banyak view cantik cuma mungkin penatlah kan? Sebab ada juga diorang lukislukis bangunan tu jadi cantiklah. Ada yang lukis jalan cerita sejarah Melaka. Haish i rakam guna mata je lah mampu sebab masa tu pegang Dhuha. Lepastu ada satu kampung  tepi sugai tu Kg Morten. Kg ni  mcm kampung air lah kali kalau di KK dan kampung baru di KL sebab kgnya ditengah bandar tapi terpelihara bah. Satu pertambahan baru dalam itinerary kami. Best naik river cruise tu.. sebabnya bila tengok tempat yang kami mau pegi tu boleh nampak dari tepi sungai kami tukar itinerary kami. Hehehe.. 

Selepas menyusuri sungai Melaka kami pun susun strategi. Kami menyusuri tepitepi sungai melaka dengan berjalan kaki mula mula kami sampai di

Kincir Air Kesultanan Melaka

Bastion Midleburg

Dutch Square/Red Square
Tips: 
1. Souvenir kat sini lebih mahal dari Medan Samudera.
2. Kalau kamu minat pos poskad untuk diri sendiri, di area ni ada pejabat pos :) saya pun mengepos dari sini tapi syg ndakda pula begambar sama pejabat posnya hehehehe... padahal bangunan lama 

Hah dah selesai sightseing dan cover banyak tempat bandar Melaka untuk hari pertama dah boleh balik berehat dan menunaikan apa yang patut.

Next akan share cerita untuk malam pertama kami di Melaka :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

kaching

Popular Posts