kaching

Sabtu, 30 Ogos 2014

Mabuhay Manila: Casa Manila

Assalamualaikum wbt

Haaaaaaa.. ni hari mau share lagi next stop yang kami singgah iaitu Casa Manila. Casa ni kalau bahasa sepanyol rumah la bah kan? so maksudnya Rumah Manila..ada pun Casa Manila yang kami pegi ni bukanlah rumah yang calang-calang tap muzium kolesi rumah orang yang kaya zaman dahulu kala gittew..


Palinglah saya suka melawat rumah-rumah lama ni...tapi tulah sayang nda dapat ambil gambar dalam tu very exclusive tapiii jap tadi saya google nah this is for you!!

Dapur rumah
Hiasan dinding antara tingkat atas dan bawah
Ruang Makan

Ini adalah perkarangan rumah
tandas
I wonder ada jg ka orang tunai hajat berdua? hmm
Salah satu bilik

Ini versi kami





itu je lah yang mampu ahaha..sebabnya tak dapat ambil gambar kat dalam kan? hehe

entrance fee: PHP 75

Next to Rizal Park... Stay Tune!!

Khamis, 28 Ogos 2014

Mabuhay Manila: Fort Santiago

Assalamualaikum wbt

Sambung lagi cerita Manila :)

Esoknya kami sewa van lagi php 1000 utk 3 jam pertama dan php350 untuk 1 jam berikutnya. So dalam masa 5 jam kami pergi fort santiago, casa manila dan Rizal Park.

Fort Santiago

Ini adalah tempat yang saya sangat ingin pergi sebab dalam ni ada muzium Rizal. Nama pun misi menjejak Rizal.


Masuk ke fort santiago dikenakan php 75 untuk dewasa. Untuk budak umur 5 tahun ke bawah FOC. Di perkaragan sebelum ke pintu masuk fort ada taman dan tugu yang seolah-olah menceritakan tentang jose rizal. Wira Filipina. Sempat ambik gambar ni.

Calesa


Banyak juga kawasan menarik untuk di jadikan spot bergambar hehe tapi bila ada anak kecik ni sukar sikitlah...

Welcome to Fort Santiago entrance
Fort santiago ni kubu. Dalam kubu ni juga terdapat Rizal Shrine dan  Rajah sulayman theater. So this is how it look at Fort Santiago




 Dah namanya kubu banyaklah dungeon... mcm menakutkan... 




Rajah Sulayman Theater

Open air teater gtu



Rizal Shrine

Kat belakang tu lah Rizal Shrine
Rizal Shrine ni paling bagus lawat paling last sekali. Sebab pintu masuk tak sma dengan pintu keluar. So sebelum masuk muzium Rizal bergambarlah dengan perkaragan kat luar muzium tu dulu.

Dalam Rizal Shrine semua pasal Rizal ada.. sejarah baju dan patung-patung menggambarkan saat-saat terakhir Rizal pun ada.

watching him writing his last poem


Jangan lupa juga ambik gambar dengan tapak kaki rizal ni. 

sampai terduduk anak kecik saya nak ambik gambar dengan tapak kaki ish3x



Kami sempat ambik gambat.dengan security diorang.. klasik sangat hihi


Selesai kat fort santiago kami di ajak ke souvenir shop berhampiran. Masuk ja kena escort risau bukan main takut ditipu tapi bila masuk waaaah semua ramah tamah. 


Saya beli poskad dan ambil kesempatan bergambar dengan baju tradisi.

Then kami meneruskan perjalanan ke Casa Manila....

Stay Tune!!!

Mabuhay Manila: Mall of Asia

Assalamualaikum wbt

Bah sambung cerita pasal Manila trip..

Sampai di hotel aparment lepas check in terus booked transportation untuk ke Mall of Asia jam 5pm. Saya saja pilih destinasi pertama Mall of Asia sebabnya nak cari makan dan lepastu boleh beli barang groceries untuk dimasak hehe.. Apartment kitorang stay ada kitchen so boleh lah memasak wehooo..Tapi sebelum  tu kitorang naik untuk berehat dan solat sebab ada few hours lagi nak tunggu jam 5pm

Jam 5pm seperti yang dijanjikan kami pun bertolak ke Mall of Asia. Sampai di Mall of  Asia kitorang deal dengan driver untuk ambik kami jam 10pm Hambik kau selagi tak tutup kedai kitorang tak mau balik boleh? ahaha..

Globe kat belakang tu 
Mall of Asia ni besar bukan main. Mall paling besar sepanjang hidup saya yang saya pernah pegi err.. Mid Valley, KL  dan 1Borneo Sabah.. korang darab je lah dengan 3 keluasan mall tersebut.. memang lenguh kaki k. Dalam mall tu kebanyakannya branded item heh..tak habis round pun tapi tak sengaja merentas dari hujung ke hujung waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah penat tau gara-gara nak cari prepaid eee...geram tau!

Tapi sebab dah ada tujuan so tak lah semua tempat saya round. 1st tujuan kitorang datang ialah cari makan. So kitorang cari dulu tempat makan tu.. belom rasa nak makan tapi nak pastikan dulu tempat makan tu. Tempat makan yang dipilih ialah Murtabak  Cafe. on the way nak menjejak Murtabak Cafe ada performance dari Marching Band SM Super Mall... shopping mall kita ada ka marching band? err...SM Supermall ni macam hmm macam parkson, metrojaya dan seangkatan lah kot..



Selesai performance kitorang terus menjejak dah jumpa kedai Murtabak Cafe then we decide untuk pergi SM Hypermart dulu. Beli barang dapur..yey This is FUN FUN FUN

SM HyperMart
Dalam hypermart macam-macam ada sempat belikan budak-budak selipar transformers dan spiderman banyak jugalah baju kat dalam ni...lebih tepat macam giant gtu..semua ada dalam satu aras.

browsing cari makanan halal
Kat sini ada juga makanan halal macam makanan tin :) ikan dan udang pun ada so boleh lah beli makanan basah.. beli sayur alaaa macam supermarket kat Malaysia juga lah.  Cari kat rak makanan luar negara. Jumpa ayambrand sardine xcited gilaa!! Kat rak makanan local kadang-kadang ada juga yang cap halal macam mangga yang popular ni.



kaunter bayaran


Bila dah shopping sakan lepastu bapa cakap dengan saya.."laa macam mana kita mau jalan-jalan dengan banyak barang ditangan ni????" aahahaha.. so funny k sebab excited sangat shopping lupa kan pasal benda macam ni huhu..  then teringat ada sign kat luar boleh simpan barang kat situ then ambik sebelum kedai tutup..wehoo kitorang pun simpang barang kat situ dan isi perut dulu.

SM Hypermart ni sebaris je dengan Murtabak Cafe.. senang je nak cari SM Hypermart ni. Sampai ja menghadap entrance dan pastikan  globe tu kan belakang SM hypermart sebelah kanan..Murtabak Cafe sebaris dengan SM Hypermart... cuma kena jalan jaaaaauh lagi lah..







Bila dah kenyang kitorang sambung lagi penjelajahan kitorang merentas MOA ni.. In case korang tak ada kesempatan nak ke gerai-gerai murah boleh lah datang ke "kultura" untuk beli souvenir. Agak affordable tapi lebih mahal lah daripada di gerai-gerai. 

cantik sangat!

Teringin
Then buang masa tengok ntah tengah berlatih ka apa benda ni terus rasa mcm kat overseas gitu.. hehe mmg kat overseas pun kan? hehehe


Bila dah sampai masa kitorang pun berkumpul semula hehe dan tunggu driver ditempat dia tinggalkan kami tadi.

Berakhirla pengembaraan untuk hari itu. Satu permulaan hari yang bagus untuk negara yang mempunyai kadar jenayah yang tinggi.. Berubahlah persepsi saya tentang Manila. Syoknya Manila.. rasa blend ja walaupun nda pandai cakap tagalog hehehe 

Total jumlah bayaran tambang untuk ke MOA menggunakan van hotel ialah PHP700 *return

Esok kita akan cerita tentang tentang aktiviti perjalanan mengelilingi bandar sejarah ya. Stay tune



kaching

Popular Posts