kaching

Rabu, 27 Ogos 2014

Mabuhay Manila: Ketibaan


Assalamualaikum wbt dan Hai

Lama menyepi kan dari entri terakhir ehehe.. ampun maaf dipinta.. 22-25hb tu kitorang bercuti ke Manila. Percutian ke Manila dirancang dua tiga bulan awal. Bila dirancang awal makin banyaklah dugaan mendatang.. tapi alhamdulillah percutian ke Manila diteruskan juga.. 

Percutian ke Manila ni kami atur sendiri... maknanya semuanya google sahaja tidak menggunakan bantuan travel guide berbekalkan map dan sedikit info yang saya ingat-ingat sahaja aisemen.. actually terlampau banyak dugaan sampai saya down terus nda mau teruskan persedian ke Manila.. packing pun saya sambung waktu subuh sblm jalan tau. so apapun tak print kecuali emel saya dan ms Erlinda manager hotel tempat saya tinggal.

Schedule penerbangan kami sempat ditukar oleh AA antara dugaan yang boleh tahan mencabar sebab tarikh baru yang diberi tu sehari sebelum penerbangan balik ke KK... hah? apa nak buat sehari ja di Manila kan? so kami ambik keputusan untuk pergi awal dari tarikh yang kitorang rancang..dan AA pun approved!... patutnya 23-25 dah extend jadi 22-25

Perjalanan ke Manila ambik masa lebih kurang 2 jam.. flight dari kk 11.30am smp sana 1.45pm. Dalam kapal terbang saya dah siap order makanan.. saya pilih makanan  beef caldaretta(Filipino beef stew) untuk suami, ns ayam uncle chin untuk budakbudak dan saya chicken adobo(chicken marinated) saja pilih makan filipina sebab saya tahu kat Manila belom tentu saya berpeluang untuk makan makanan local diorang.. huuu..Manila bukan mcm Malaysia langkah setapak ja sudah jumpa kedai makan.. kat Manila..kena pegi tempat tertentu.. so biasanya makanan halal ni kalau nda makanan arab makanan indonesia..huuu... kalau pegi negara orang mestilah mau rasa makanan local kaaaaaaaaaaaaaaaan? so kita makan je lah makanan kapal terbang dulu... bayaran RM12 dikenakan beli online sekali dengan mineral water


menu AA zest air
ternyata lebih murah lah beli online so beli lah online yee
chicken Adobo
Uncle Chin Chicken Rice
Beef Caldaretta

Aiport AA di Manila ialah di NAIA terminal 4. Ndataulah terminal ni lama ka baru buat tapi kecik sangat.nak ambik gambar pun hilang nafsu sebab crowded. Keluar sahaja dari airport kami disambut oleh driver dari hotel yang kami tinggal. 

Kami pergi ramai.. ada 6 adult dan 3 kanak-kanak so keselesaan amatlah penting so salah satu ciri keselesaan itu ialah dengan memastikan kenderaan untuk ke mana-mana sentiasa ada. So saya ambik keputusan untuk menggunakan kenderaan hotel. Sepatutnya pricey la kan tapi saya rasa not bad hehe

tambang yang dikenakan oleh pihak hotel ialah php 1000 untuk sebuah van.. maksudnya RM75 gtu lebih kurang kalau tukaran PHP=MYR 7.5 lah bagi saya masih dalam budget yang penting semua sekali dalam van so tiada yang terpisah.

van hotel :)

Perjalanan nak ke hotel boleh tahan sesak lah.. mau ambik gambar tiada view ahaha sebab kereta sesak plus ramai gelandangan nda berani ambik gambar oi.. nanti kena marah. lepastu kebanyakan kenderaan tinted. mungkin supaya selesa.. kalau kat area tempat hotel kitorang tinggal adalah dinasihatkan tidak membuka cermin kereta.. selain langkah keselamatan mengelakkan anda tercium bau hancing huhuhu..

Dimana kami tinggal dan destinasi pertama kami di Kota Manila akan diceritakan di entri akan datang. Stay tune tau sebab di akhir pengembaraan saya nak bagi sesuatu yg spesel untuk pembaca bertuah..eehehe ada ka pembaca? 





2 ulasan:

  1. Waah best nya.. akak travel sendiri sendiri without travel agency ? Best nye.

    BalasPadam
  2. JM asalah seorang pembacanya kerana kalau citer travel JM mmg SUKa!!!!
    so teruskan perkongsian cerita..mau baca sambungan nya. JM belum pernah jejak ke Manila nih..asyik baca story mory org jak tau

    BalasPadam

kaching

Popular Posts