kaching

Khamis, 31 Julai 2014

Selamat Hari Raya 2014

Assalamualaikum wbt

SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
Alhamdulillah this is my 1st eid with "nurulsays" wehooo

So tema tahun ni ialah purple. Recyle warna hmmm 3 tahun lepas :)

otw to Masjid

Al-kisahnya ada baju blom pakai lagi. So nak pilih warna peach atau purple. Then jumpa warna ungu terus jatuh cinta :)

Blouse -- Padieka.Com
Tutu Skirt -- Minaz Boutique
Rose Shawl  -- I dont remember shawl 3 tahun lepas woo
Rose Shawl
Jelly Shoes and Bag hehehe..

So tema tahun ini ialah purple dan tutu skirt :)
So what is yours???? 


Khamis, 24 Julai 2014

Ambang aidilfitri

Assalamualaikum wbt

Haaa mesti ramai sudah yang mula bercuti ni kan? Saya dan suami masih lagi berkerja sehingga esok huu... but it is ok kami ambik cuti selepas raya :) saya ambik sehari je.

Sekolah NMD dah mula start cuti sekolah esok hingga hari ahad(minggu depan) haaa excited btl NMD

Selamat bercuti semua :)

Ahad, 20 Julai 2014

Ihya' Ramadhan - Giveaway By Ummudd80

Assalamualaikum wbt

Segmen ni berakhir esok..dah lama tuan punya belog ni invite baru hari ni berkesempatan. Minta maaf ya :) tak menang tak apa yang penting ada kawan baru :) selamat berkenalan..

Ihya' Ramadhan | Giveaway | Shaklee | Sungai Buloh | Setiawangsa
http://ummudd80.blogspot.com/2014/07/ihya-ramadhan-giveaway-by-ummudd80.html


Sabtu, 19 Julai 2014

MukaSurat 17

Assamualaikum wbt
Dalam kesibukan kita membuat persediaan aidilfitri kita dikejutkan dengan berita menyayat hati :(

Hancur hati bila tau pasal mh17. Hancur hati bila tau semua ni angkara peperangan. Hancur hati bila tahu ada yang terkorban terdiri daripada keluarga yang lengkap ada ibu bapa dan anak-anak lebih menyayat hati ada kanak-kanak kecil. Kejamnya !!!

Hopefully orang yang bertanggung-jawab akan ke muka pengadilan. Ia bukan kemalangan biasa yang boleh kita serahkan pada takdir semata-mata. Kita cuma melihat sebulan dua lupa lah... keluarga mereka? so it is unfair untuk terus pasrah tak menuntut apa-apa!!!..

And please do not compare penderitaan orang... siapa paling menderita.. it is a stupid comparison.

Last but not least hopefully syawal tahun ni dapat di sambut dalam keadaan aman sejahtera.

Orang di seberang sana hentikanlah niat mau menyerang... nda cukup lagika jiwa yang terkorban dulu :(

Masih aman ka Malaysia?



Isnin, 14 Julai 2014

Persiapan Raya

Assalamualaikum wbt
Hah macam mana persiapan korang?
Mine is almost complete.... lega juga la sebab persedian baju raya dah settle. Cuma ada lah sikit-sikit nda setel macam kasut dan stokin tu.. itu bahagian dadi diorang..rambut anak-anak dah gunting awal-awal.

Tahun ni beraya di kampung suami. Sebab tahun ni abang ipar saya beraya di tawau. Kesian juga  kalau mak mertua saya sorang ja. Dahlah bapa mentua saya nda sihat kan.. huhu... saya tahu mama saya ok walaupun ada sedikit sedihlah bila saya dan anak-anak tiada di pagi raya kan? Kesian mama...huhu

So apa warna tema baju raya korang tahun ni? Dan apa fashion raya tahun ni? Hihi mesti meletup-letup la tu kan?

Ps/ Duit raya blom lagi prepare hu hu..

Jumaat, 11 Julai 2014

Extra Passengers

Assalamualaikum wbt

Begini...

Dulu.. masa baru kawin. Kereta suami cuma kancil. So ok lah baru kawin anak pun satu shj kan.. tapi kalau balik kampung mmg dah tak ada space kat seat belakang sebab letak barang.

Then anak 2 ada rezeki lebih bawa kereta 4wd. Oklah sebab kereta 4wd ni memang ada space utk barang so sesuailah utk kitorang tapi selalu ada masalah sebab kereta 2nd hand kereta lama then lepastu ada rezeki kitorang tukar ke mpv

Mpv ni memang kapasiti untuk 7 orang.... tapi 7 orang kalau tak bawa barang. Kalau dah bawa barang lipat kerusi dah kapasiti untuk 5 orang. Hah ngam utk kami ber5.

Well ada sebab kami pilih mpv nak bagi anakanak selesa. sebab anak-anak saya tak boleh duduk rapat-rapat. Diorang tak boleh tersentuh bila duduk kat dalam kereta boleh jadi amukan sepanjang jalan. Tempat duduk pun dah cop! But siapalah yang nak ambik tau pasal benda ni kan?

Yang orang tau kereta kami kapasiti utk ramai orang, anakanak masih kecik maksudnya extra space so maksudnya boleh tumpang anak-anak kecik boleh berasak-asak berpangku..

Err hellooo... this statement will be too harsh ya. Kenapa pula anak-anak i kena berasak-asak duduk nak bagi space untuk you duduk. Walhal anak-anak tak rapat pun dengan kamu semua. CUBA JAWAB ?

Sampai mati nda akan lupa :(


Rabu, 9 Julai 2014

Segmen Blogwalking "Pink Lady"

Assalamualaikum

Oklah...walaupun line slow tapi segmen ni menarik hati untuk saya nak join sama :)

http://iolacaviarofficial.blogspot.com/2014/07/2-segmen-blogwalking-pink-lady.html
http://naalisaa.blogspot.com/2014/07/segmen-blogwalking-pink-lady.html

Hasilkan satu entry dengan tajuk " Segmen Blogwalking "Pink Lady". dan ceritakan pengalaman suka duka anda atau apa apa sahaja bertemakan warna pink.

www.nurulsays.blogspot.com

Hmm... ok this is how my desk at the office look like heheeh.. ada notepad pink..eh eh kaler blog pun pink.. unfortunately recently I (we) am/are not allowed to blog from the office..so semuanya tinggal kenangan..so kepada tuan punya segmen.. hey i curi-curi masa tau nak buat segmen ni hik hik selamat berkenalan :)

Kak Kiah's Cake House

Asaalamualaikum wbt

Hehe...

Maaf sebab lambat balas kunjungan kawan-kawan. Kat office dah tak boleh berbelog. So terpaksa curi masa kat rumah...

So harini nak share satu kedai bakery yang fancy tapi harga tak fancy pun... berpatutan sangat. Tak kenal pun dengan tuan punya kedai but senang hati nak kongsi kenapa saya suka dengan bakery ni.

Kak Kiah Cakehouse

1st of all.. kedai bakery lain tak sefancy ini hehe... lepastu ada jual.kek yang hias dengan comelcomel utk setengah kg. So kalau untuk keluarga kecil yg nak celbrate birthday kecil-kecilan boleh lah dapatkan di sana. Hmmm banyak lagi lah reason kenapa saya suja dengan kedai ni hehe..

As for now belom ada favourite cake lagi, sebab tak khatam lagi semua kek tapiiii NMD dan NDR dah ada fave rainbow cheese dalam jar tu... kalau singgah mesti beli sorang satu huhu..

Kak Kiah Cakehouse
Kak Kiah Cakehouse

So KKCH saya doakan semoga kedai cake ni akan bertambah maju. Buka satu cawangan dekat area saya lepastu buat la membership card supaya boleh dapat harga spesel hehehehe....

So kawan-kawan sekitar kk,putatan, papar, beaufort dan ke bawah bolehlah singgah di kedai kek comel diorang ni k...

Kak Kiah Cakehouse


Khamis, 3 Julai 2014

Driving Lesson


Assalamualaikum wbt and Hai

Ok today i feel like i want to share my "driving experience" eseh.. so most of you dah tau dan handal bawa kereta but not me. my 1st driving alone without co-driver after hmm.. 5 years ago(dapat lesen dah lama.. tapi tak pernah pakai) was hmm i dont remember probably since February 2014.. kakakakaka yeah it was few months ago. Well tu pun sebab terpaksa.

Being a mom with 3 kids and the husband is not always around (kerja jauh) so I NEED to be independent. Well yes i'm staying at my parents house.. tapikan tapi nope! everybodeh ada komitmen sendiri. So i dont want to be an "access baggage" for them kan? so.. masa tu my brother yang selalu hantar saya tu out station for 2 weeks. Ada lagi dua sisters.. tapi seorang sarat.. takkan lah nak suruh dia ambik saya..then sorang lagi masa tu pergi travel with my parents..actually banyak lagi alternatif yang membolehkan saya untuk tidak "driving" but looking at my children.. "bah oklah for you mumi will do anything"..

can you spot GUNUNG KINABALU ? 

Experiences

I was so nervous bila fikir pasal hantar anak-anak..siapa nak kena hantar dulu something like that..so i decide to  hantar anak2 lain dulu ke rumah makcik saya (yang menjaga anak-anak saya) then baru hantar anak sulung ke sekolah.. kesian abang selalu lewat pegi sekolah..kadang-kadang orang dah start baca doa penerang hati baru dia sampai. hehe..

How to handle them dalam kereta pun satu hal.. bayangkanlah nak handle budak umur 5 tahun sampailah ke todlers.. semuanya ada 3 orang..boys pula tu. But then i found a solution bagi tengok diorang DVD High 5. I beli RM 30 k.. tu pun cetak rompak.. 1st time beli DVD cetak rompak semahal itu !sobs.. and nasiblah it is working..dah banyak kali replay sampai saya pula yang bosan dengar ahaha.. NQD (my 3rd son who is 1yo) tenang je.. takde reaksi bosan pun keh3x Dialah antara penyebab utama saya beli DVD high 5. Sebab my 1st attempt bawa diorang waktu malam dulu dia menjerit takut huwaa.. (*credit untuk kawan-kawan yang bagi sugestion tu.. phew)

Kenangan Pahit

Banyak juga lah kenangan pahit..tapi paling pahit bila kereta sendiri kemek melanggar tiang parking di tempat kerja. Dah lah masa tu tak handal nak parking..nak juga parking bawah bumbung tepi tiang..hah PADAN MUKA.. siap gaduh kecik juga lah dengan husband hehe.. but then bila i dah janji nak repair suami macam "ok.." huhu so kat mana saya nak cari duit nak repair ni..haish..terpaksalah kurangkan simpanan untuk travelling huwaa..

love and hate relationship

Alhamdulillah gara-gara langgar tiang.. i dah terer park hehehe..saya dah jadi benchmark kat rumah.. siapa yang tak kemikkan kereta macam saya blom cukup tinggi lagi ilmunya dalam parking kah3x.. plus kawasan kampung sini sempit.. so if i cant master the skills habis lah kena buli oleh penduduk kampung..kena tahu mcm mana nak handle situasi berebut jalan ni.. haish..kalau tak you tak boleh nak keluar pintu pagar huhuhu..

But still i banyak lagi nak belajar especially minta jalan.. hehehe.. tapi saya tengok orang selamba je masuk dulu lane baru bagi signal..geram sungguh!

love the view penenang dalam trafic jam hehe
my 1st attempt selca while driving tapi masa tunggu trafic light
Well i dont think selca masa driving is FUN.. haish.. segan rasanya.. tapi makan yes! sambil redah jem sambil makan..sambil minum.. very FUN jangan sejalah lepastu ada rasa nak ke tandas pula haaah itu tak fun! nasib tak pernah lagi

Tadi masa masuk ofis adalah akak security tu tahan saya.. "berani sudah kau bawa kereta kan? " saya pun reply "terdesak kak.. kalau tidak tiada hantar anak-anak saya. Tapi kakak boleh tu.. hehe".. ceh encourage orang bukan main..tapi in my opinion if you want to drive. beli lah kereta sendiri...so gasaklah nak buat apa dengan kereta tu. If anything bad happened tak rasa bersalah dengan siapa-siapa (sebab bukan pemilik kereta) melainkan amuk dengan diri sendiri huhu..

So how was your 1st experience driving a car ? ada tak kenangan yang boleh di kongsi :) 

ps/ Pengalaman pelik.. tersepit kepala sendiri kat cermin kereta sebab tak sedar tertekan button cermin huhu.. nasiblah selamat tak mati tercekik dan tiada orang awam yang perasan fuh.


Selasa, 1 Julai 2014

My 1st Photobook Experience

Assalamualaikum wbt and Hai

So lemme lemme share with you my 1st experience working on NMD photobook.. Yeh!.. 

Haritu Pixajoy hantar newsletter yang diorang ada promosi sempena demam world cup ni lah kan.. so bila tengok harga oklah why not I try beli voucher:

 RM 32 utk 2x Mini Lay Flat 5.7"x4.2" Potrait (16 Pages) 

Voila Hasilnya


It is like baby/todler story book bah.. well you know hard paper story book tu.. supaya kalis koyak tu.. well NMD think he was on the story book. Funny juga lah cos all this time dia selalu mengaku watak dalam buku cerita asal budak lelaki ja dia kan? but this time diri dia sendiri masuk dalam buku tu. So bangga lah konon dia sebab feature dalam story book. Mudahnya menceriakan hati seorang NMD hik hik hik

So secara tidak langsung.. I dah boleh mengaku freelance writer of children story book ahaha..story book anak-anak saya sahajalah :) Pendek kata photobook ni bukan sahaja untuk muatkan gambar sahaja.. it can be a story book sebab tu lah nama dia pun photobook kan? kan?

So be creative with pixajoy gittew :) 



So ini baru hasil untuk album pertama. Album ke 2 masih dalam simpanan saya. Voucher valid until DEC so next month je lah saya print lagi.. sebab haritu beli item sahaja bukan sekali dengan harga postage huhuhu.. 

Pendek kata.. I had great experience with pixajoy.. dah pasang niat lepas ni, tiap bulan je "publish buku" haa kalah penulis you :).. so do you have experience with pixajoy ? share me your link hehehe

kaching

Popular Posts