kaching

Khamis, 18 Disember 2014

Hari Aids Sedunia Peringkat Negeri Sabah


Assalamualaikum.

Hai... baru-baru ni attend majlis sambutan Hari Aids Sedunia Peringkat Negeri Sabah 2014. Banyak perkara menarik lah yang boleh dikongsikan tentang penyakit Aids ni.. forumer pun seronok ja mau dengar..tapik masa ucapan perasmian tu saya tido sedap bukan main huuu..

Antara soalan menarik yang diajukan?

Bagaimana dengan usaha memberikan kondom, khidmat berkhatan kepada golongan LGBT, Pekerja Seks ini dapat membantu? Bukankah tindakan itu seperti menggalakkan ? 

aa.. lebih kurang macam tu lah soalannya..

so the forumer pun jawab:

Kita cuba untuk bantu mereka ini untuk berubah. Tapi amat sukar untuk mengubah orang yang tidak nampak jalan. Dalam dunia ni ada orang yang jenis boleh dinasihati dan mudah berubah manakala segilintir lagi memang degil dan pilih tak mahu berubah. Apa yang kita boleh buat kita educate diri kita supaya tidak terjerumus. Dan untuk mereka ini, kita cari jalan supaya aktiviti yang mereka sukai ini tidak merebakkan penyakit kepada yang lain dengan cara menggunakan kondom, berkhatan etc...


Saya suka jawapan tu.. well yalah betul juga kan..sedangkan kita pun kalau kita dah nasihat banyak kali orang tu tak mau dengar itu dah jadi urusan dia dan tuhan.. kita dah jalankan tanggung jawab kita.. kalau dia tak mau dengar takkan kita  nak bakar dan tanam dia hidup-hidup kan? huhuhu.. so kita carilah jalan untuk elak kan?..

hik hik itu je lah post ilmiah saya untuk hari ni. Hari ni saya on leave sebab tak sihat. btw bosan dah pakai baju batik yang sama.. maybe it's about a time beli baju batik baru ewah!



1 ulasan:

  1. aah kan. dah nasihat pun tak jalan , tak tahu lah .

    BalasPadam

kaching

Popular Posts